DAP pertahan semua 6 kerusi disandang di Sabah, kata Loke

DAP pertahan semua 6 kerusi disandang di Sabah, kata Loke

Setiausaha agung DAP berkata parti itu juga akan bertanding di satu atau dua lagi kerusi DUN pada PRN itu.

Anthony Loke Siew Fook
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata DAP juga tidak bimbang dengan bimbang dengan kemungkinan wakil rakyatnya melompat parti kerana adanya akta anti lompat parti.
PETALING JAYA:
DAP akan mempertahankan semua enam kerusi DUN yang disandang parti itu pada PRN akan datang, kata

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata parti itu juga akan bertanding di satu atau dua lagi kerusi DUN pada PRN itu nanti, lapor Bernama.

Sebelum ini dilaporkan, DAP mengenalpasti sekurangnya dua kerusi DUN di kawasan pendalaman yang boleh ditandingi calon parti itu.

“Satu atau dua lagi kerusi ini kita telah runding untuk memastikan kemenangan bersama,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak ke-23 di Ipoh.

Pada PRN Sabah ke-16, DAP menang enam daripada tujuh kerusi yang ditandingi, iaitu Luyang, Likas, Kapayan, Sri Tanjong, Elopura dan Tanjong Papat.

Bagaimanapun, dua bekas wakil rakyat DAP dari Elopura dan Sri Tanjong menyertai Warisan pada 2022.

Ketika ditanya pemberita sekiranya DAP akan memperketatkan kriteria pemilihan calon susulan tindakan wakil rakyatnya melompat parti, Loke berkata parti itu tidak gusar dan yakin dengan pemimpin pelapis di Sabah.

Katanya, isu lompat parti juga telah termaktub di dalam perlembagaan parti dengan wakil rakyat yang khianat akan gugur kelayakan sebagai ahli.

“Apabila hilang kelayakan ahli, mereka akan hilang kerusi dan PRK perlu diadakan di negeri dan juga di peringkat Parlimen yang ada akta anti lompat parti. Di Sabah juga ada undang-undang berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.