Guru disyaki rogol pelajar 14 tahun direman

Guru disyaki rogol pelajar 14 tahun direman

Mangsa membuat laporan dirogol suspek di tempat letak kereta terbuka sebuah kompleks beli-belah pada November lalu.

Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang guru sekolah menengah di Seberang Perai direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki merogol pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting selepas membenarkan permohonan polis.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, menurut Harian Metro.

Difahamkan, suspek menyerah diri di IPD selepas mangsa yang juga pelajar di sekolah sama membuat laporan mengenai kejadian itu.

Mangsa melaporkan dirogol oleh suspek di tempat letak kereta terbuka sebuah kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah di sini, pada November lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.