Protes di depan Kedutaan AS bantah Israel pintas konvoi GSF

Protes di depan Kedutaan AS bantah Israel pintas konvoi GSF

Pasukan keselamatan bertindak menghalang kumpulan yang berhimpun sejak 12 tengah hari tadi menghampiri premis Kedutaan Besar AS di KL.

Gaza flotilla
Seorang peserta berkata himpunan itu bagi menyuarakan solidariti terhadap misi kemanusiaan GSF dan membantah tindakan Israel menahan sukarelawan pelbagai negara. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA:
Sekumpulan individu mengadakan protes di depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), di ibu negara bagi membantah tindakan Israel menahan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Pasukan keselamatan bertindak menghalang kumpulan yang berhimpun sejak 12 tengah hari tadi menghampiri premis berkenaan.

Rinah Alim, 51, menyertai himpunan itu untuk menyuarakan solidariti terhadap misi kemanusiaan GSF dan membantah tindakan Israel menahan 201 sukarelawan, termasuk 12 rakyat Malaysia.

“Saya berada di sini atas rasa perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sebab sudah bertahun mereka diserang dan sangat sukar menerima sebarang bantuan.

“Kini, rakan-rakan kita yang menyertai GSF pula ditahan. Mereka bukan bawa senjata pun, cuma barang keperluan seperti susu dan makanan.

“Jadi, kita perlu menentang sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut rejim Zionis,” katanya menurut Berita Harian.

Sebahagian peserta turut membawa kain rentang dan poster.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.