Pesara rugi lebih RM2.24 juta ditipu sindiket menyamar polis

Pesara rugi lebih RM2.24 juta ditipu sindiket menyamar polis

Mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa polis dan pegawai daripada Touch ‘n Go yang menuduhnya terlibat sindiket penipuan.

scammers
Mangsa menyerahkan wang melalui pindahan bank di kaunter, transaksi dalam talian serta serahan tunai kepada seorang lelaki tidak dikenali, kata polis.
KUCHING:
Seorang pesara swasta berusia 66 tahun di Miri kerugian lebih RM2.24 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai Touch ‘n Go dan polis.

Ketua Polis Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata mangsa yang merupakan wanita tempatan menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil Touch ‘n Go yang menuduhnya terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang pegawai polis di IPK Pulau Pinang yang mengarahkan mangsa mengeluarkan semua simpanan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Farhan berkata, mangsa menyerahkan wang berjumlah RM2,244,404 melalui pindahan bank di kaunter, transaksi dalam talian serta serahan tunai kepada seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lokasi sunyi tanpa kehadiran orang awam.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan dan pengesahan sebelum tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.