Bekas panglima ATM Mohamed Hashim meninggal dunia

Bekas panglima ATM Mohamed Hashim meninggal dunia

Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 11.50 pagi tadi pada usia 90 tahun.

Jenazah Mohamed Hashim Mohd Ali dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Sungai Besi dengan penuh adat istiadat ketenteraan petang ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 11.50 pagi tadi pada usia 90 tahun.

Menurut laman Facebook Angkatan Tentera Malaysia, jenazah panglima ATM ke-9 itu dijangka dibawa Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan untuk dimandikan dan disembahyangkan.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Sungai Besi untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.

Hashim, adik kepada isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Dr Hasmah Ali, merupakan tokoh penting pada majlis menandatangani Perjanjian Damai Hat Yai pada 2 Dis 1989.

Beliau juga pernah menjadi pengerusi Sukom Ninety Eight Bhd, syarikat yang ditubuhkan untuk menguruskan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.

Selepas bersara daripada angkatan tentera, beliau mengetuai beberapa syarikat tersenarai awam, termasuk Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Hashim berkahwin dengan Majmin Yahya. Beliau meninggalkan tiga orang anak dan lima orang cucu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.