
Ketua Polis Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah malam di Jalan Huntly, mangsa berusia 33 tahun yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala anak lelakinya meninggal dunia ketika dirawat di klinik berhampiran.
Hasbullah berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah pekan Pantai Remis menuju ke Kampung Sungai Batu apabila kejadian berlaku.
“… motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang (wanita itu) hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya, lapor Bernama.
“Anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.”
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nur Syafiqah Baharudin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung di talian 05-6899072.