Upah pekerja gig seni kreatif kini dilindungi, kata menteri

Upah pekerja gig seni kreatif kini dilindungi, kata menteri

Steven Sim berkata mengikut RUU Pekerja Gig kumpulan golongan itu boleh tuntut slip gaji daripada pemberi kerja.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim hadir sesi libat urus bersama 100 kumpulan seni kreatif mengenai RUU Pekerja Gig. Hadir sama, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez. (Gambar Kesuma)
PETALING JAYA:
Pekerja gig dalam industri seni kreatif akan diberi perlindungan antaranya berkait upah perlu dibayar dalam tempoh seminggu selepas tarikh perkhidmatan, jika tiada tempoh bayaran dinyatakan dalam perjanjian.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim, berkata dalam Rang Undang-undang (RUU) Gig turut menekankan kebajikan menerusi penyediaan slip gaji oleh pemberi kerja.

“Entiti kontrak atau pemberi kerja wajib menyediakan slip bayaran sekiranya diminta oleh pekerja,” katanya dalam taklimat bersama 100 kumpulan seni kreatif dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sesi berkenaan dianjurkan bertujuan memberi penerangan jelas kepada pekerja gig mengenai hak dan perlindungan di bawah undang-undang baharu itu.

Turut serta adalah penerbit, pemuzik, penyanyi, penulis lirik, komposer, pereka animasi, dan grafik.

Sesi penerangan itu turut memberi peluang kepada penggiat seni untuk bertanya secara langsung berkenaan masalah sering dihadapi mereka.

Sim turut menegaskan undang-undang baharu ini akan menoktahkan status pekerja gig yang selama ini telah dinafikan hak dan keadilan mereka sepanjang 100 tahun kewujudan industri seni di Malaysia.

“Dalam masa sama, Kesuma akan terus membantu penggiat seni dalam mengembangkan kerjaya anak seni menerusi program latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah Kesuma,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.