CCTV berteknologi tinggi akan dipasang di pusat tahanan APMM, lokap AADK

CCTV berteknologi tinggi akan dipasang di pusat tahanan APMM, lokap AADK

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini bagi memastikan keselamatan tahanan.

anwar ibrahim Cabinet
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kerajaan bersetuju memasang kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi di semua pusat tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional semalam bagi memastikan keselamatan tahanan.

Beliau berkata, ia sebahagian inisiatif strategik kerajaan, selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional dalam memenuhi keperluan agensi penguatkuasaan dalam menghadapi cabaran keselamatan dan memperkukuh pemantauan ke atas pusat tahanan.

“Reformasi dasar dan perundangan yang dipersetujui semalam mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa responsif terhadap keperluan keselamatan negara serta mendukung prinsip kecekapan, ketelusan dan keberkesanan dalam tatakelola sektor awam,” katanya dalam catatan Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.