Anwar harap misi GSF selamat tiba di Gaza

Anwar harap misi GSF selamat tiba di Gaza

Perdana menteri turut menggesa jenayah kezaliman dan keganasan Israel ke atas penduduk Gaza dihentikan segera.

Sumud Flotilla
Lebih 50 kapal membawa peserta dari pelbagai negara menyertai pelayaran GSF untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dijadualkan tiba di perairan Gaza akhir bulan ini. (Gambar EPA Images)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berharap misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) dapat diteruskan sehingga berjaya menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

“Kita masih mengharapkan (misi GSF) berterusan dan kezaliman keganasan Israel mesti dihentikan sekarang,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 dan Perasmian Pasar Tani Putrajaya di sini.

Lebih 50 kapal yang membawa peserta dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan aktivis menyertai pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza akhir bulan ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan merangka langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF, termasuk mendapat bantuan negara berhampiran jika diserang rejim Zionis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.