
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pengiktirafan itu disampaikan ketika perbualan telefon beliau bersama Trump di mana Malaysia menegaskan komitmen sebagai pengerusi Asean untuk terus memainkan peranan proaktif bagi memastikan keamanan serantau.
“Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai,” katanya di Facebook.
Anwar berkata, Malaysia menantikan kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak Asean bulan depan yang bakal menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
Katanya, perbualan telefon itu berlangsung ketika beliau menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan.