
Saksi kanak-kanak itu, yang ditemani ibunya, memberikan keterangan secara tertutup dari 2 petang hingga 4.30 petang tadi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Mahkamah dijadual meneruskan prosiding esok dengan mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak keempat dan kelima bermula 9 pagi.
Setakat ini, 11 saksi termasuk tiga kanak-kanak telah memberikan keterangan sejak prosiding bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha itu dimulakan pada 3 Sept lepas.
Sebanyak 25 saksi dewasa dan 32 lagi saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues itu pada sesi akan datang.
Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak, petugas media dilarang berada di dalam mahkamah semasa prosiding tertutup bagi melindungi saksi.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis.
Sebelum itu, pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.