Program Merdeka@Kampung Angkat Madani Miti serlah semangat perpaduan

Program Merdeka@Kampung Angkat Madani Miti serlah semangat perpaduan

Program dijayakan penuh semangat perpaduan bukan sahaja menyatukan warga Miti dan penduduk malah jadi cerminan kebersamaan diwarisi daripada generasi terdahulu.

Ketua Setiausaha Miti Hairil Yahri Yaacob berarak bersama penduduk Kampung Batu 3, Semenyih dalam Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025. (Gambar Miti)
PETALING JAYA:
Sempena meraikan Bulan Kebangsaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersama penduduk Kampung Batu 3, Semenyih, menjayakan Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025, semalam.

Program dijayakan dengan penuh semangat kemerdekaan dan perpaduan itu bukan sahaja menyatukan warga Miti serta penduduk, malah menjadi cerminan semangat gotong-royong dan kebersamaan diwarisi daripada generasi terdahulu.

Ketua Setiausaha Miti, Hairil Yahri Yaacob, berkata sejak Kampung Batu 3 dijadikan sebagai Kampung Angkat kementerian pada Mac lalu pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk.

Penduduk pelbagai peringkat umur menyertai Program Merdeka@Kampung Angkat Madani 2025. (Gambar Miti)

Katanya, antaranya termasuk projek naik taraf dan menceriakan Masjid Kampung Batu 3, program menceriakan kawasan serta usaha menambah sumber ekonomi melalui penanaman buluh dan rumput vetiver.

 

“Projek baik pulih jalan utama bernilai RM600,000 dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan aktiviti kemasyarakatan seperti ‘fun walk’, pertandingan anyaman, gubahan, mewarna dan sukaneka,” katanya ketika berucap dalam program itu.

Ketua Setiausaha Miti Hairil Yahri Yaacob menyampaikan hadiah cabutan bertuah. (Gambar Miti)

Beliau berkata, selain itu khidmat penyelenggaraan motosikal percuma oleh Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) juga disediakan.

Hairil turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak bertungkus-lumus menjayakan program itu termasuk Sirim, MARii, Johor Corporation Bhd, MB Performance Sdn Bhd, Proton Holdings Bhd dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (Naico).

Khidmat penyelenggaraan motosikal percuma oleh Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). (Gambar Miti)

“Bersama kita terus menyemarakkan semangat Malaysia Madani, membina masa depan negara yang makmur, inklusif dan bersatu padu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.