
Timbalan Menteri, Teo Nie Ching, berkata industri audio siar negara mempunyai potensi besar dengan pertumbuhan global mencecah lebih 30% setahun, namun Malaysia masih jauh ketinggalan.
“Saya fikir kerajaan pada masa ini, khususnya Kementerian Komunikasi, tidak berhasrat untuk menggubal peraturan khusus bagi podcast,” katanya kepada FMT selepas menghadiri KL Podfest 2025 di The Campus Ampang.
Mengulas lanjut, Teo berkata semua pihak berkepentingan dalam industri audio siar perlu berbincang bagi mewujudkan jenama yang dipercayai, sekali gus menarik lebih ramai pihak untuk melabur.
“Ia akan menjadikan industri tersebut lebih mampan,” katanya.
Terdahulu, ketika menyertai sesi audio siar dalam acara berkenaan, Teo berkata undang-undang sedia ada sudah memadai tanpa perlu mewujudkan kod etika baharu.
“Kalau tanya saya, kita tak perlukan undang-undang baru untuk audio siar. Tapi kalau kita ada ‘podcasters’ untuk memahami had dan batas, ia akan membantu industri itu,” katanya.