Razman bukan lagi pesuruhjaya PAS Perak

Razman bukan lagi pesuruhjaya PAS Perak

Razman Zakaria dilantik ke jawatankuasa kerja pusat, begitu juga Sukri Ramli.

Razman Zakaria
Razman Zakaria yang sebelum ini memimpin PAS Perak dilantik ke jawatankuasa kerja pusat parti itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PAS mengumumkan pelantikan Idris Ahmad sebagai pesuruhjaya Perak menggantikan Razman Zakaria.

Razman pula dilantik ke jawatankuasa kerja pusat sebagai ahli.

Pengumuman ini menyusuli mesyuarat jawatankuasa kerja pusat yang diadakan sejurus muktamar tahunan PAS di Alor Setar, Kedah ditangguhkan.

Presiden Hadi Awang berkata pelantikan Idris dibuat menurut fasal 53(4) perlembagaan PAS. Pelantikan Razman pula berdasarkan fasal 38(4) dan 38(5), dengan persetujuan jawatankuasa.

Sukri Ramli, menteri besar Perlis, yang gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa kerja pusat dalam pemilihan kali ini, turut dilantik.

Dalam pada itu, Takiyuddin Hassan kekal sebagai setiausaha agung; Sanusi Nor sebagai ketua pengarah pilihan raya; Ahmad Fadhli Shaari sebagai ketua penerangan; dan Iskandar Abdul Samad sebagai bendahari.

Berikut senarai individu yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja pusat:

1. Shukri Ramli
2. Annuar Musa
3. Wan Rohimi Wan Daud
4. Rosni Adam
5. Mohd Misbahul Munir Masduki
6. Najihatussalehah Ahmad
7. Bakri Jamaluddin
8. Yusni Mat Piah
9. Ahmad Yunus Hairi
10. Mazri Yahya
11. Razman Zakaria

Berikut senarai individu yang dilantik sebagai pesuruhjaya PAS negeri:

1. Ahmad Ali (Perlis)
2. Ahmad Saad @ Yahaya (Kedah)
3. Ahmad Yakob (Kelantan)
4. Husain Awang (Terengganu)
5. Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang)
6. Idris Ahmad (Perak)
7. Rosli Abdul Jabar (Pahang)
8. Ab Halim Tamuri (Selangor)
9. Azhar Yahya (Wilayah Persekutuan)
10. Fairuz Isa (Negeri Sembilan)
11. Zulkifli Ismail (Melaka)
12. Mahfodz Mohamed (Johor)
13. Aliakbar Gulasan (Sabah)
14. Arifiriazul Paijo (Sarawak)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.