
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menahan enam lagi suspek, dalam operasi tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Perisikan, Saiful Ezral Arifin, berkata semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’, yang mana mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukkan warga negara asing tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
Berhubung dua pegawai agensi penguat kuasa tersebut, SPRM menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000; dan barangan kemas bernilai kira-kira RM50,000.
Turut dirampas alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM20,000; dua unit kereta bernilai kira-kira RM106,000; dan dua unit motosikal bernilai kira-kira RM20,000.
Berhubung enam tahanan pula, SPRM merampas dan menyita pelbagai barangan seperti wang tunai kira-kira RM12,000, USD5,000 dan Baht 2,360; alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000; dan barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000.
Pada masa yang sama, akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai kira-kira RM1 juta dibekukan.