
Adun Usukan itu berkata negeri di Borneo itu bukan milik eksklusif mana-mana parti politik dan pemilik sebenarnya adalah rakyat Sabah sendiri.
Beliau menambah Sabah menyertai Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 16 Sept 1963, atas keputusan rakyat Sabah sendiri.
“Pemilik sebenar adalah rakyat Sabah sendiri, daripada pelbagai latar etnik dan agama, sama ada di pedalaman, pesisir pantai, pulau atau bandar.
“Parti politik dan kerajaan hanyalah pengurus sementara. Mereka silih berganti, tetapi pemilik dan penjaga sebenar Sabah tetap sama.
“Sabah sentiasa menjadi milik rakyat Sabah, dari generasi ke generasi,” katanya dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Malaysia esok.