
Najwan berkata beliau menerima e-mel itu dua hari lalu dan diugut membayar USD100,000 sebagai timbal balas bagi mengelakkan video tersebut disebarkan.
“Saya ingin menegaskan bahawa ugutan seumpama ini adalah satu perbuatan jenayah yang sangat serius serta bertujuan mengancam keselamatan dan menjatuhkan maruah saya.
“Justeru, saya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis agar siasatan lanjut dijalankan berhubung,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Najwan yang juga Adun Kota Anggerik juga percaya ugutan itu menggunapakai modus operandi sama yang turut diterima Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari.
Terdahulu, Taufiq turut mendedahkan beliau juga diugut menerusi e-mel mengandungi video lucah palsu yang diterimanya pada 12 Sept lalu.
Katanya, dalam e-mel itu juga, beliau diugut untuk membayar USD100,000 bagi mengelakkan video yang disunting menggunakan AI itu disebarkan
Semalam, Rafizi mendedahkan beliau menjadi sasaran cubaan pemerasan melalui video lucah palsu dihasilkan menggunakan AI, dengan tuntutan bayaran mencecah USD100,000.