Presiden baharu MMA mahu doktor bentuk dasar

Presiden baharu MMA mahu doktor bentuk dasar

Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata doktor perlu terlibat secara signifikan berdasarkan kepakaran.

doctor
Presiden baharu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Thirunavukarasu Rajoo ingin memperkasa peranan doktor dalam kepimpinan, termasuk mengembalikan autonomi profesional.
PETALING JAYA:
Presiden baharu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata kepakaran doktor perlu membentuk dasar, bukan sekadar mengesahkannya.

Katanya, beliau juga mahu memperkasa peranan doktor dalam kepimpinan, selain mengembalikan autonomi profesional.

Turut ditekankan isu fi pengamal perubatan am (GP), jawatan kontrak, amalan pentadbir pihak ketiga sehingga kepada reformasi perundangan perubatan.

“Doktor bukan sahaja perlu berada di meja membuat keputusan, tetapi terlibat secara signifikan. Kepakaran kita mesti membentuk dasar, bukan sekadar mengesahkannya. Penyertaan secara simbolik tanpa pengaruh hanya melemahkan kepercayaan dan hasil.

Thirunavukarasu Rajoo
Dr Thirunavukarasu Rajoo

“Kita adalah penyembuh, pendukung, pendidik, inovator, dan pemimpin. Bersama-sama, kita akan memperjuangkan profesion kita, melindungi pesakit dan membentuk sistem penjagaan kesihatan yang layak untuk masa depan Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Tahunan MMA, di George Town.

Thirunavukarasu mengambil alih jawatan presiden daripada Dr Kalwinder Singh Khaira dan akan berkhidmat untuk tempoh setahun sebagai ketua persatuan doktor terbesar negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.