
Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata langkah itu sebagai bukti kesungguhan parti tersebut untuk melawan rasuah melalui tindakan nyata, bukan sekadar retorik.
Menurutnya, ketika pentadbiran Putrajaya diketuai Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum ini, mereka yang mempunyai kes mahkamah tidak dibenarkan menjadi menteri atau timbalan menteri.
“Itu baru ada kesungguhan memerangi rasuah, bukan cakap sahaja, itu asas pertama.
“Orang tanya kalau kita jadi kerajaan kita nak buat apa, pertama sekali kita tangkap kaki rasuah yang dibuktikan kesalahan, kurung dalam penjara itu proses pertama,” katanya merasmikan Muktamar Muslimat PAS kali ke-65 di Kompleks PAS Kedah.
Dalam perkembangan lain, Amar berharap PAS dapat mengukuhan sokongan di kalangan pengundi wanita dalam misinya menakluk Putrajaya.
“Jumlah pengundi wanita kini lebih tinggi. Angka ini penting, jadi Muslimat kena siapkan diri, perancangan, strategi dan pendekatan untuk raih sokongan,
“Jika boleh tarik 50% daripada pengundi wanita selain kekalkan pengundi PAS dan PN sedia ada untuk kembali menjadi kerajaan di Putrajaya,” katanya.