
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Luqman Rahman memberitahu panel inkuiri, sel yang asalnya dibina untuk seorang banduan kini menempatkan sehingga tujuh orang, dengan hanya sebuah baldi dikongsi untuk pembuangan najis.
Luqman berkata, beberapa bahagian penjara itu telah diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya, menyebabkan pihak berkuasa tiada pilihan selain menyumbat banduan ke dalam bilangan sel yang terhad.
“Pada zaman British, satu sel untuk seorang (banduan). Sekarang kita terpaksa letak tujuh orang dalam satu sel,” katanya.
“Tingkat atas tidak boleh digunakan, dan pihak penjara tiada pilihan. Bukan sahaja penjara, lokap polis pun hadapi masalah sama.”
Beliau berkata, tekanan yang disebabkan oleh kesesakan itu menyumbang secara langsung kepada insiden 17 Jan lepas, apabila lebih 100 banduan didakwa diserang oleh kira-kira 60 warden semasa operasi pemindahan.
Suhakam sedang menyiasat dakwaan penganiayaan itu, yang dipercayai mengakibatkan seorang banduan cedera, manakala beberapa lain cedera.