Muhyiddin calon PM

Muhyiddin calon PM

Setiausaha Agung Azmin Ali berkata perhimpunan agung tahunan juga menyokong Muhyiddin Yassin kekal presiden.

Perhimpunan Agung Bersatu Kali Ke-8 2025
Bersatu sebulat suara mahu Presiden Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri pada PRU16.
SHAH ALAM:
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebulat suara menyokong dan meluluskan Presiden Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11.

Setiausaha Agung Azmin Ali, berkata perhimpunan itu juga menyokong Muhyiddin kekal presiden.

“Perhimpunan Agung Tahunan itu turut bersetuju sebulat suara menyokong dan meluluskan usul ucapan dasar presiden.

“Perwakilan bertekad untuk terus bekerja kuat di lapangan dan meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditanya pada sidang media sama ada usul menyokongnya sebagai calon perdana menteri akan dibawa ke Perikatan Nasional (PN), beliau berkata sebarang kenyataan berhubung itu akan dikeluarkan setiausaha agungnya.

Dalam pada itu, Azmin berkata perhimpunan yang berlangsung dua hari itu berjaya dilaksanakan dengan 20 pembahas mengambil bahagian mewakili negeri, sayap, dan wakil mahasiswa.

Katanya, pembahas mengupas pelbagai isu termasuk kos sara hidup, ekonomi global serta serantau, perpaduan rakyat, dan isu politik semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.