
Muhyiddin berkata, sehingga kini beliau juga masih belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sama ada sumber maklumat dirujuk itu palsu atau sebaliknya.
“SKMM panggil untuk siasat, kenapa saya (pula) disiasat? Sampai sekarang tak dapat laporan, (Anwar) tak minta maaf sampai hari ini,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 di Ideal Convention Centre (IDCC).
Dalam pada itu, dalam sidang medianya kemudian, Muhyiddin meminta SKMM mendedahkan hasil siasatan mereka sekiranya sudah selesai, memandangkan siasatan sudah berjalan selama tiga minggu.
“Kenapa SKMM ambil masa terlalu lama (untuk siasat)?. Jika sudah ada laporan, beritahulah. Malangnya, tak ada apa-apa (kemas kini),” katanya.
Sebelum ini dilaporkan Muhyiddin menggesa Anwar memohon maaf dan menarik balik dakwaan beliau mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang menafikan dakwaan itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk merujuk perdana menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika tiada permohonan maaf daripadanya.