
Beliau menyebut 25% daripada Ahli Parlimen DAP terdiri daripada wanita, yang menurutnya suatu pencapaian yang ‘menakjubkan’.
“(Sementara itu) saya seorang sahaja wakil Wanita Bersatu di Parlimen. Amat menyedihkan,” katanya pada perhimpunan agung tahunan sayap parti itu di Ideal Convention Centre (IDCC).
Sehubungan itu, Mas Ermieyati membakar semangat Wanita Bersatu agar memastikan lebih ramai calon mereka diketengahkan pada PRU16.
Wanita Bersatu tidak boleh lagi dilihat sebagai pelengkap dalam senarai calon dan sekadar memenuhi kuota, tambahnya.
“Kita mesti buktikan Wanita penentu kemenangan parti, penggerak jentera dan pemimpin yang mampu membawa suara rakyat di DUN dan Parlimen,” katanya.
Mas Ermieyati juga berkata, platform melatih dan membimbing lebih ramai wanita agar mampu menjadi pemimpin berkualiti perlu segera direalisasikan.
Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan.