Wan Azri bebas tuduhan menghasut

Wan Azri bebas tuduhan menghasut

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap blogger itu di akhir kes pendakwaan.

papagomo
Wan Azri Wan Deris didakwa pada Januari 2024 di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mendakwa kerajaan ‘pro-Israel dan pro-Barat’. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen membebaskan blogger Wan Azri Wan Deris daripada pertuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.

Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wan Azri di akhir kes pendakwaan.

Wan Azri, 42, didakwa pada Januari 2024 di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat kenyataan mendakwa kerajaan ‘pro-Israel dan pro-Barat’.

Kenyataan itu didakwa dibuat dalam satu video di Facebook pada 8 Nov 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P Kunyalam, manakala Wan Azri diwakili peguam Rafique Rashid Ali.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.