Akaun palsu Tiktok guna identiti, MB Perak buat laporan

Akaun palsu Tiktok guna identiti, MB Perak buat laporan

Saarani Mohamad lapor akaun palsu di media sosial kepada pihak berkuasa termasuk SKMM.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad muat naik tangkap layar akaun TikTok didakwa guna gambar dan suaranya yang diciplak menerusi AI.
PETALING JAYA:
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad membuat aduan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan identitinya di Tiktok.

Saarani berkata, beliau menerima banyak aduan mendakwa terdapat pihak menciplak gambar dan suaranya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta akaun itu,

“Mereka juga buat beberapa video seolah-olah saya tawarkan wang ringgit dan meminta orang ramai menghubungi nombor telefon tertentu untuk membuat tuntutan.

“Saya mohon orang ramai supaya tidak terpedaya kerana akaun berkenaan bukan milik saya dan segala tawaran yang dibuat juga adalah tidak benar,” katanya di Facebook, sambil memuat naik tangkap layar akaun terbabit.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa segala bentuk bantuan kerajaan akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi menteri besar dan saluran-saluran rasmi kerajaan yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.