
PETALING JAYA: Pasar raya mini 99 Speedmart membuka cawangan pertamanya di China, iaitu di Fuzhou, Wilayah Fujian, pada 31 Ogos lepas.
Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara.
Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.
“Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2025,” kata syarikat itu, lapor Bernama.