Wanita ditahan naiki pentas tempatkan Sultan Perak

Wanita ditahan naiki pentas tempatkan Sultan Perak

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak.

Noor Hisam Nordin berkata kes ceroboh pentas utama Hari Kebangsaan peringkat Perak itu disiasat mengikut Sesyen 325/511 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang wanita yang menaiki pentas utama menempatkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak, pagi tadi.

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin dalam kenyataan berkata kejadian kira-kira 8.20 pagi itu berlaku ketika lagu kebesaran negeri berkumandang yang mana suspek naik ke pentas melalui bahagian tepi.

Menurut Noor Hisam, suspek yang berusia 41 tahun cuba mendekati Sultan Perak namun berjaya ditahan anggota keselamatan.

“Suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menjelaskan siasatan dibuat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan.

Noor Hisam berkata semakan mendapati wanita berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah serta pernah menerima rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya adalah negatif,” katanya

Noor Hisam turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati majlis rasmi kenegaraan dan tidak melakukan sebarang tindakan boleh mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.