Tang Jie-Ee Wei julang emas, Malaysia gegar tembok besar

Tang Jie-Ee Wei julang emas, Malaysia gegar tembok besar

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memang pingat emas World Championships, selepas menewaskan jaguh China.

Tang Jie-Ee Wei
Tang Jie-Ee Wei menewaskan jaguh China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan mata 21-15, 21-14. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jaguh badminton nombor empat dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, melakar sejarah buat Malaysia apabila menjadi beregu campuran pertama negara menjulang pingat emas World Championships.

Tang Jie-Ee Wei menewaskan jaguh dunia nombor dua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan mata 21-15, 21-14 pada pusingan akhir, di Arena Adidas di Paris, Perancis hari ini.

Pencapaian ini merupakan yang pertama buat pasangan berbisa ini pada musim ini, selepas lima kali terkandas pada pusingan separuh akhir sebelum ini.
World Championships kini menjadi gelaran keempat yang diraih Tang Jie-Ee Wei sejak 2022.

Menjadikan kemenangan ini lebih istimewa, ia terbit di kala Malaysia menyambut hari kebangsaan.

Tang Jie-Ee Wei akan diberi 14,500 mata dan dijangka kembali merangkul kedudukan nombor tiga dunia, apabila senarai dikemaskan pada Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.