Segamat sekali lagi dilanda gempa lemah

Segamat sekali lagi dilanda gempa lemah

Gempa bumi lemah kali kelima direkodkan 7.29 pagi tadi dengan 2.7 pada skala Richter.

gempa segamat
Sebelum ini empat gegaran telah direkodkan di Segamat dalam tempoh lapan hari lalu. (Gambar MET Malaysia)
SEGAMAT:
Gempa bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat pagi ini dengan 2.7 pada skala Richter pada 7.29 pagi, menjadikan kejadian kali ini gegaran kelima dalam tempoh lapan hari di daerah itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran berada di koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“Kejadian ini berpusat kira-kira dua kilometer barat laut dari Segamat dan gegaran mungkin dirasai di sekitar daerah ini,” menurut kenyataan berkenaan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, empat gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5) dan 4.24 pagi semalam (3.4).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.