Gegaran ke-4 di Segamat

Gegaran ke-4 di Segamat

Gempa bermagnitud 3.4 berlaku 4.24 pagi tadi.

gempa bumi lemah segamat
Sebelum ini, Segamat rekod tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27, dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. (Gambar MetMalaysia)
JOHOR BAHRU:
Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi ini, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di daerah itu dalam minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, memaklumkan gempa pada 4.24 pagi itu berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22km timur laut dari Segamat, dengan kedalaman 10km.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran agar mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7 bagi membantu penilaian agensi itu.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27, dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.