Bantuan RM100 SARA disalur Ahad ini

Bantuan RM100 SARA disalur Ahad ini

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata bantuan itu disalurkan menerusi MyKad dan boleh dibelanjakan di 4,500 kedai terpilih di seluruh negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata bantuan SARA RM100 yang diberi secara sekali beri itu boleh ditebus bermula 31 Ogos hingga 31 Dis ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri kepada setiap warga Malaysia berusia 18 tahun akan disalurkan mulai 31 Ogos ini, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata bantuan itu disalurkan menerusi MyKad dan boleh dibelanjakan di 4,500 kedai terpilih di seluruh negara.

“Pada 31 Ogos, sukacita saya beri penegasan dan peringatan bahawa program SARA untuk semua akan bermula dan setiap orang dewasa warga Malaysia akan mendapat RM100 dimasukkan ke dalam MyKad,” katanya pada sidang media.

Katanya, orang ramai boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Sara iaitu https://sara.gov.my atau laman web rasmi MyKasih yang dibuka mulai 21 Ogos lepas.

“Ini peluang yang baik untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuat semakan untuk melihat apakah jumlah baki yang ada dan mereka boleh manfaatkan.

“RM100 yang diberi secara sekali beri ini boleh ditebus di antara 31 Ogos hingga 31 Dis ini,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program SARA.

Anwar berkata pemberian bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu, merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup selain sebagai penghargaan kepada rakyat, yang memberikan manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.