2 cedera ringan kereta dihempap pokok tumbang di Cameron Highlands

2 cedera ringan kereta dihempap pokok tumbang di Cameron Highlands

Bomba berkata kejadian berlaku petang tadi ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan menuju ke Tapah.

Pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta di Jalan Batu 28, Ringlet, Cameron Highlands menghala ke Tapah, petang tadi.
PETALING JAYA:
Satu pasangan warga asing cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Batu 28, Ringlet, Cameron Highlands menghala ke Tapah, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.09 petang tadi, lapor Bernama.

“Kami menerima maklumat berkenaan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Alza dan terdapat seorang lelaki dan wanita berusia 40an.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah berada di luar kenderaan dan mereka hanya cedera ringan,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan gergaji rantai serta mengalihkan pokok berkenaan ke tepi jalan.

Katanya empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Ringlet terlibat dalam operasi yang tamat pada 6.38 petang itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.