
Ketua PKR Johor Dr Zaliha Mustafa berkata barisan kepimpinan baharu negeri itu mahu merampas semula kerusi Parlimen Muar, Pagoh dan Mersing, lapor MalaysiaGazette.
Beliau juga memberi fokus kepada kerusi Muar, dengan menyifatkan kawasan mempunyai peluang besar untuk dimenangi PKR.
“Muar pernah menjadi kerusi yang kita perjuangkan dan pada PRU nanti, PKR Johor bertekad merampas semula kerusi ini.
“Kami yakin, rakyat bersama kita untuk membawa perubahan yang lebih baik,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam satu program di Muar.
Syed Saddiq yang juga bekas presiden Muda memenangi kerusi Muar pada 2018 atas tiket PKR ketika beliau masih bersama Bersatu, dengan majoriti 6,953 undi.
Bekas menteri belia dan sukan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada PRU 2022, apabila Muda bertanding bersama Pakatan Harapan.
Pada September 2023, beliau keluar daripada blok kerajaan untuk menyertai pembangkang, kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan pelaksanaan reformasi di bawah kerajaan perpaduan.