
Katanya, pihak menentang hanyalah bermain sentimen dan politik yang membinasakan.
“Pembentangan esok,” katanya ringkas selepas tampil menerima memorandum sekumpulan penduduk yang menyatakan sokongan terhadap URA di pintu masuk Bangunan Parlimen.
“Kita nak politik yang membina, yang penting rakyat bersama kita.”
Terdahulu, hampir 50 penduduk sekitar Lembah Klang hadir menyatakan sokongan terhadap URA, sebagai reaksi balas terhadap kumpulan menentang RUU itu semalam.
Rata-rata mereka merupakan penduduk rumah berusia lebih 30 tahun, dan menyatakan harapan agar kawasan perumahan mereka dapat dibangunkan semula.
Turut hadir menerima memorandum itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu serta Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee; Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan; dan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.
Semalam, lebih 100 penyokong hadir menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat di hadapan pintu masuk Bangunan Parlimen bagi membantah RUU URA.
Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan semasa menerima memorandum tersebut, menegaskan Ahli Parlimen pembangkang bersedia digantung hadir sidang Dewan Rakyat sehingga enam bulan kerana menentang URA.
Takiyuddin berkata, pihaknya tetap menentang RUU berkenaan habis-habisan untuk menuntut akta terbabit ditarik balik dan tidak dibahaskan.