
Keputusan dibuat Hakim Sayani Mohd Nor terhadap tertuduh berusia 48 tahun itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapinya, menurut Berita Harian.
Beliau memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan iaitu hari ini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol anak tirinya berusia 12 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Simpang Renggam, Kluang, 7 pagi, 8 Ogos 2022.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Mandave Singh Gill.
Sejurus keputusan itu, Mandave memaklumkan mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan namun menaikkan wang ikat jamin daripada RM6,000 yang dikenakan sebelum ini kepada RM11,000.