Bapa hanyut selamat anak jatuh sungai

Bapa hanyut selamat anak jatuh sungai

Mangsa dibimbangi lemas selepas dibawa arus dan belum dijumpai.

lemas drowning
Seorang lelaki hilang dibawa arus selepas berjaya menyelamatkan anak lelaki lapan tahun yang jatuh sungai dekat kediaman mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, hari ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Bapa dikhuatiri lemas dalam usaha menyelamat anaknya berusia lapan tahun yang jatuh sungai berdekatan rumah mereka, dalam kejadian di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai ‘Budin’, 46, keluar berjalan bersama dengan anak lelakinya sebelum kejadian berlaku.

Komander Operasi Balai Bomba Tanah Merah, Roslan Ismail, berkata kanak-kanak itu dikatakan jatuh dan hampir lemas, namun berjaya diselamatkan bapanya.

“Bagaimanapun, selepas itu mangsa pula hilang dibawa arus dan hingga kini masih belum ditemukan,” katanya kepada Bernama, di Kota Bharu.

Beliau berkata, identiti penuh mangsa masih dalam proses pengesahan daripada ahli keluarga terdekat.

Roslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 7.26 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 3.6km dari balai sebelum tiba pada 7.45 malam.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mengesahkan seorang lelaki dewasa dilaporkan lemas dan kami memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.