
Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata berdasarkan maklumat diperolehnya, kos penggunaan perunding bagi proses itu menelan RM18 juta, bukan seperti jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Rakyat.
“Jawapan menteri agama mengatakan RM5.9 juta terlibat dengan penjenamaan semula TH itu sangat salah. Dalam dokumen ini RM18 juta.
“Jadi itu saya sebut sekitar RM20 juta, sedangkan menteri agama beritahu RM5.9 juta,” katanya sebelum penggulungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih berhubung RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025.
Beliau juga bercadang memasukkan dokumen sulit itu dalam usul yang akan dimohonnya ke pejabat speaker Parlimen.
Sebelum ini, Na’im mengulangi kenyataan TH yang menafikan dakwaan kononnya dana haji itu memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk projek penjenamaan semula.
Beliau dipetik berkata projek tiga tahun itu membabitkan kajian pasaran menyeluruh dan libat urus dengan 9.6 juta pendeposit untuk lebih memahami keperluan mereka.