
Timbalan Menteri Fuziah Salleh, berkata hasil sesi libat urus bersama pemain industri mendapati wujud keperluan mengasingkan peranan affiliate daripada kategori penjual yang selama ini didefinisikan dalam undang-undang sedia ada.
“Sebelum ini kita mendefinisikan golongan affiliate sebagai sebahagian penjual, tetapi melalui perbincangan dan sesi libat urus ini kita melihat kedudukan mereka berbeza kerana mereka bukan pemilik produk, jadi pengguna tak boleh nak marah affiliate sebab mereka hanya memasarkan bagi pihak penjual.
“Ini yang kita maksudkan keadilan untuk semua dan ini juga dimasukkan dalam kerangka undang-undang itu…jadi ia akan lebih luas, tetapi ia akan meliputi keperluan dan hak semua pihak berkepentingan,” katanya menurut Bernama pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Semakan Semula Perundangan E-Dagang, di Kuching.
Menurutnya, langkah mengasingkan kategori affiliate akan menutup kelompongan undang-undang sedia ada, selain melindungi hak semua pihak dalam ekosistem e-dagang.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Armizan Mohd Ali, berkata pembentangan RUU berkaitan platform e-dagang dijangka diadakan sewaktu persidangan Dewan Rakyat, Mac tahun hadapan.