
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan pada 3.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan enam lelaki tempatan itu.
Susulan itu, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.
“Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta dan telah berjaya dibawa keluar bermula 4.20 hingga 5.15 pagi.
“Tiga mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan antaranya di kepala, badan serta kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan.