5 kertas siasatan Jalur Gemilang terbalik diserah kepada AGC

5 kertas siasatan Jalur Gemilang terbalik diserah kepada AGC

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata pihaknya sedang menyiasat satu lagi kes.

klinik gigi bendera terbalik
Tangkap layar video tular menunjukkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat di Pontian, Johor baru-baru ini. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Polis sudah merujuk lima kertas siasatan membabitkan Jalur Gemilang dipasang terbalik kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata pihaknya sedang menyiasat satu lagi kes, tetapi beliau tidak memberikan sebarang butiran.

Menurutnya, kes sedemikian akan muncul menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Setakat ini, kita menyiasat enam kes membabitkan pemasangan atau pengibaran bendera terbalik – dua di Johor, dua di Pulau Pinang, satu di Selangor dan satu di Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media.

Terdapat rentetan kesilapan membabitkan Jalur Gemilang sejak beberapa minggu ini.

Insiden terbaharu membabitkan sebuah klinik pergigian swasta di Pontian, Johor yang menyebabkan ia diarahkan tutup 30 hari oleh pihak berkuasa tempatan.

Video tular 33 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat, bersebelahan bendera Johor yang dipasang dengan betul.

Empat hari sebelum itu, polis Johor dilaporkan berkata, mereka sedang menyiasat catatan media sosial menunjukkan bendera Johor dikibarkan terbalik di sebuah hotel di Segamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.