Tubuh Kementerian Undang-undang tingkat keberkesanan reformasi

Tubuh Kementerian Undang-undang tingkat keberkesanan reformasi

Pengumuman menunjukkan pentingnya kementerian itu bagi memperkukuh ekosistem perundangan, meningkatkan keberkesanan reformasi institusi serta memperluas akses rakyat kepada keadilan.

azalina
Cadangan penubuhan Kementerian Undang-undang selaras dengan agenda Malaysia Madani, kata Menteri di JPM Azalina Othman Said.
KUALA LUMPUR:
Cadangan penubuhan Kementerian Undang-undang oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaras dengan agenda Malaysia Madani yang mengangkat integriti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang sebagai asas kemajuan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata pengumuman itu menunjukkan pentingnya kementerian itu bagi memperkukuh ekosistem perundangan, meningkatkan keberkesanan reformasi institusi serta memperluas akses rakyat kepada keadilan.

“Kita akan terus melakar kejayaan agenda reformasi undang-undang yang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, tetapi juga mengangkat Asean sebagai rantau yang adil, berdaya tahan dan makmur,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Anwar ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Undang-undang Asean 2025 berkata kerajaan sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah Kementerian Undang-undang khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu.

Langkah itu juga akan membolehkan Malaysia berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakan serantau dalam usaha memajukan kedaulatan undang-undang, khususnya dengan negara anggota Asean.

Sementara itu, Azalina menzahirkan penghargaan kepada Anwar yang hadir bagi menyampaikan ucaptama serta menyaksikan penerimaan kenyataan bersama dalam forum yang julung kali diadakan itu.

Ia mencerminkan komitmen kepimpinan negara dalam usaha memperkukuh kerjasama perundangan serantau demi keadilan yang lebih inklusif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.