Dewan Rakyat lulus RMK13

Dewan Rakyat lulus RMK13

Rancangan Malaysia Ke-13 disokong majoriti Ahli Parlimen, termasuk beberapa wakil rakyat pembangkang.

parlimen malaysia
RMK13 akan menjadi pelan pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
PETALING JAYA:
Dewan Rakyat meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) selepas perbahasan selama lapan hari.

RMK13 menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen termasuk beberapa pihak pembangkang.

Rancangan dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 31 Julai itu akan menjadi pelan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang, iaitu 2026 hingga 2030.

Anwar dalam pembentangannya berkata RMK13 menekankan pembangunan inklusif, kelestarian alam sekitar, digitalisasi ekonomi, dan pengukuhan sektor pendidikan serta kesihatan.

“RMK13 bukan sahaja pelan ekonomi, tetapi juga cerminan komitmen kerajaan dalam memastikan kemajuan yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat,” katanya.

Perbahasan RMK13 bermula 4 hingga 14 Ogos dan disusuli jawapan daripada kementerian dari 18 Ogos hingga hari ini.

Satu Pelan Tindakan RMK13 akan diterbitkan pada suku pertama 2026, memperinci strategi pelaksanaan dan indikator prestasi utama untuk pemantauan awam.

Seterusnya, RMK13 akan dibawa ke Dewan Negara sebelum boleh dilaksanakan mulai 2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.