
PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung turun 5 sen seliter berkuat kuasa esok hingga 27 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga diesel di Semenanjung dijual pada RM2.85 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Harga petrol RON95 dan RON97 pula kekal masing-masing RM2.05 dan RM3.13 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu.