
Sumber berkata, suspek berusia 40-an ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Wanita itu direman lima hari hingga 24 Ogos selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2023 hingga tahun ini.
“Siasatan awal juga mendapati seramai 22 pelabur diperdaya untuk melabur sebanyak RM21 juta di sebuah koperasi di Lembah Klang, namun wang pelaburan tersebut tidak diterima oleh koperasi berkenaan dan pelabur hanya diberi sijil pelaburan palsu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.