OKU hilang lepas keluar solat subuh

OKU hilang lepas keluar solat subuh

Kehilangan Muhammad Aliff Syazwan Mohd Nizam yang menghidap ADHD sudah masuk hari ke-10.

Muhammad Aliff Syazwan Mohd Nizam family pic 19825
Muhammad Aliff Syazwan Mohd Nizam hilang selepas keluar mengerjakan solat subuh di surau dekat kediamannya di Kuantan pada 10 Ogos.
PETALING JAYA:
Lelaki orang kurang upaya (OKU) dilapor hilang lebih seminggu lalu selepas keluar solat subuh, di surau berdekatan rumahnya di Kuantan.

Pada 10 Ogos, Muhammad Aliff Syazwan Mohd Nizam yang menghidapi ADHD (gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif), seperti kelazimannya meminta izin ibu untuk ke surau.

Bapa, Mohd Nizam Hamad, 46, memberitahu anaknya sebelum ini pernah keluar rumah selama tiga hari, tetapi kali ini membimbangkan berikutan Aliff tidak membawa telefon bimbit.

“Biasanya kalau dia keluar, tiga hari saja sudah balik. Kalau duit habis, dia akan telefon minta belikan tiket bas secara dalam talian. Tapi, kali ini dia langsung tak bawa telefon. Itu yang buat kami buntu,” katanya kepada FMT.

Laporan polis sudah dibuat pada hari keempat Aliff hilang dan usaha mencarinya giat dijalankan.

“Ada jiran bercuti di Genting Highlands dan dia nampak anak saya di sana. Bila jiran tanya Aliff adakah kami (ibu bapa) tahu atau tidak dia, Aliff jawab ‘ya’.

“Jiran itu hanya sedar Aliff hilang lepas baca laporan polis dan hantaran saya di media sosial. Bila kami ke sana, kami gagal jumpa Aliff,” katanya yang sudah 10 hari tidak bekerja berikutan sibuk mencari anaknya.

Nizam dan isteri berharap sehingga anak sulungnya ditemui ada pihak yang sudi membantu Aliff.

“Sebelum ini dia pandai berdikari, tidur dan mandi di surau, makan pula seadanya. Tapi kali ini terlalu lama.”

Sesiapa memiliki sebarang maklumat berkait kehilangan Aliff boleh menghubungi Nizam di talian 012 6954807.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.