LDP gesa larang Akmal masuk Sabah

LDP gesa larang Akmal masuk Sabah

Presiden Chin Su Pin berkata tindakan Dr Akmal Saleh dalam kontroversi 'Jalur Gemilang' boleh ancam perpaduan dan keharmonian sosial di Sabah.

Chin Su Pin berkata gesaan halang Dr Akmal Saleh masuk ke Sabah juga dibuat untuk memberi amaran kepada pihak lain.
PETALING JAYA:
Parti Liberal Demokratik (LDP) menggesa kerajaan Sabah melarang Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memasuki negeri itu susulan tindakannya dalam kontroversi ‘Jalur Gemilang’.

Presiden Chin Su Phin berkata, tindakan Akmal jelas mengancam perpaduan nasional dan keharmonian sosial rakyat Sabah yang berhak hidup dalam suasana aman dan bermaruah.

Katanya, individu yang berulang kali mencetuskan perpecahan tidak boleh dibiarkan menyemai benih persengketaan di bumi Sabah.

“LDP mendesak kerajaan Sabah dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor menggunakan kuasa perlembagaan untuk segera menghalang Akmal daripada memasuki negeri ini.

“Langkah ini bukan sahaja respons tegas terhadap kelakuannya, malah amaran kepada mana-mana pihak lain yang berhasrat menirunya,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lalu, Akmal mengetuai perarakan ke kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengibarkan Jalur Gemilang terbalik

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu video tular di Facebook atas nama ‘Akmal Salleh’ yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan sebagai ‘hate content’.

Sehari selepas itu, Akmal dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi .

Peguam Adun Merlimau itu, Aizat Azam berkata Akmal disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.