
Abang Johari berkata keterbukaan Sarawak untuk berkongsi sudah dimaklumkan kepada beberapa pemimpin Sabah, lapor Harian Metro.
“Saya kata kalau mereka hendak berkongsi, kita boleh kongsi dan tawaran itu terbuka kerana kita sama-sama berada di pulau Borneo,” katanya.
Abang Johari menambah pemimpin Sabah memaklumkan mereka perlu berbincang sebelum membuat sebarang keputusan.
“Berbeza dengan Sarawak, kita sudah ada modal untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dan sebab itu kita boleh teruskan,” katanya.
AirBorneo dijangka memulakan operasi tahun depan, tertakluk pada kelulusan pihak berkuasa penerbangan.
AirBorneo, dimiliki oleh kerajaan Sarawak melalui Hornbill Skyways Sdn Bhd, adalah penjenamaan semula MASwings.
Abang Johari sebelum ini berkata syarikat penerbangan itu akan menawarkan tambang di bawah kadar pasaran, dan mengutamakan hubungan udara dalam negeri serta dengan Semenanjung.