
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata sebanyak 11,109 permohonan diterima daripada pekerja e-panggilan untuk membuat caruman berkenaan.
“Ini bagi membantu mereka yang masih belum membuka akaun KWSP,” katanya ketika merasmikan Sabah Moto Day 8.0 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sementara itu, ketika merasmikan program anak muda di Putatan, Hajiji berkata kerajaan negeri melaksanakan banyak inisiatif untuk belia termasuk pemberian geran, latihan serta program inovasi dan keusahawanan bagi memastikan anak muda Sabah mempunyai platform untuk berkembang.
Beliau berkata Geran Program Anak Muda berjumlah RM300,000 akan diagihkan kepada NGO belia di DUN Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dalam Parlimen Putatan.
“Geran ini bukti komitmen kita untuk menyokong idea dan projek yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.
“Gunakanlah geran ini sebaik mungkin untuk melaksanakan program yang membawa manfaat kepada belia di kawasan masing-masing.”
Beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan RM1.33 bilion, termasuk RM848.26 juta bagi bantuan pendidikan dan RM485 juta khusus untuk program pembangunan bakat serta kemahiran dari 2021 hingga kini.
“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu. Kita komited membangunkan golongan belia yang juga pemimpin masa depan kita,” katanya.