PRN Sabah: Shahelmey ikut kami, dedah Hajiji

PRN Sabah: Shahelmey ikut kami, dedah Hajiji

Pengerusi GRS Hajiji Noor juga yakin keupayaan Shahelmey Yahya mempertahankan DUN Tanjung Keramat.

Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya (kemeja biru) bersama Pengerusi GRS Hajiji Noor (kemeja batik) pada satu majlis di Putatan hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya, dipercayai akan bertanding PRN Sabah akan datang sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menurut laporan.

“Dia akan ikut ‘siurang’ (kami),” kata Pengerusi GRS Hajiji Noor, lapor Berita Harian, ketika ditanya mengenai kedudukan Shahelmey.

Umno menggantung keahlian Shahelmey sejak Mac 2023 kerana tidak mengikut ketetapan parti dalam usaha menjatuhkan Hajiji, yang juga ketua menteri Sabah.

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin, dilapor enggan mencalonkan semula Shahelmey.

Sementara itu, Hajiji dilapor yakin pada keupayaan Shahelmey untuk mempertahankan Tanjung Keramat.

“Apa sukar..’tatap’ menang punya, dia lagi Adun, dia lagi Ahli Parlimen,” katanya, sambil menarik perhatian pada kedudukan Shahelmey sebagai Ahli Parlimen Putatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.