
Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) agar menyiasat kes itu segera, menyifatkannya sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan.
“Penderaan terhadap haiwan merupakan kesalahan serius yang perlu diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
“Kami menuntut agar pihak berkuasa segera bertindak untuk memastikan keadilan ditegakkan,” kata SAFM di Facebook.
Menurut persatuan tu, tindakan penderaan haiwan boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
SAFM turut menyeru agar sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, pihaknya sedang meneliti perkara tersebut.